Take a photo of a barcode or cover
A review by miss_tsundoku
The Marriage Bureau for Rich People by Farahad Zama
4.0
Perkara pertama yang menyebabkan saya tertarik pada buku adalah warna (kulit)nya. Dan kemudian judulnya.
Ia mengisahkan Mr. Ali yang membuka biro perkahwinan selepas dia bersara. Sudah tentu ia mendapat sambutan hangat kerana perkahwinan yang diaturkan masih kekal dalam budaya masyarakat di India. Klien Mr. Ali terdiri daripada pelbagai agama dan kasta. Dan klien Mr. Ali terkadang menetapkan syarat-syarat yang sangat spesifik contohnya ada yang mencari menantu lelaki yang tinggi untuk anak daranya yang rendah tidak sampai 5 kaki (dengan alasan supaya cucu-cucunya nanti sekurang-kurangnya mempunyai ketinggian sederhana).
Aruna, pembantu Mr. Ali pula cekap membantu Mr. Ali menguruskan bironya. Meski dia mempunyai kebolehan menyuaipadankan pasangan, Aruna sendiri redha dalam mencari jodohnya sendiri. Keluarganya mempunyai masalah kewangan dan tidak mampu menyediakan hantaran perkahwinan walaupun berasal dari kasta Brahmin (kasta yang berada di puncak tertinggi dalam sistem kasta masyarakat India).
Ada beberapa situasi ironi dalam novel ini seperti Mr. Ali yang sibuk mencari jodoh untuk orang lain sedangkan anak terunanya sendiri belum berkahwin kerana sibuk menjadi aktivis masyarakat. Juga kisah seorang jurujual yang paling berjaya dalam syarikatnya, tetapi dia sendiri gagal ‘menjual’ dirinya dalam mencari calon isteri.
Buku ini ditulis dalam bahasa yang mudah dan menarik. Namun ia bukanlah sebuah buku 'unputdownable' malah saya boleh meninggalkan buku tanpa membacanya langsung selama dua hari. Begitupun, ketika membacanya saya mahu terus mengikutinya kerana ingin mengetahui apa yang terjadi seterusnya (rasanya seperti menonton drama bersiri).
Buku ini banyak menerangkan tentang amalan dan budaya masyarakat India, malah Mr. Ali sendiri berpengetahuan luas dalam pelbagai hal yang melibatkan pelbagai agama dan budaya di India. Novel ini adalah salah satu contoh yang menerapkan unsur-unsur harmoni dalam masyarakat majmuk.
Zama turut memuatkan lirik lagu Hindi yang popular berkaitan perkahwinan:
Color your hands with mehndi,
And keep the palanquin ready.
Your love is on his way,
To take you away,
My fair lady.
Terus saya berasa teruja – berkat membaca sarikata apabila menonton filem Hindi saya tahu itu adalah lirik daripada lagu 'Mehndi Laga Ke Rakhna' dari filem 'Dilwale Dulhania Le Jayenge'.
Turut diterangkan adalah upacara pernikahan orang Islam di India yang saya dapati berbeza sedikit daripada upacara pernikahan di Malaya. Ia mengingatkan saya pada babak dalam filem 'Kabhi Kushi Kabhi Gham' apabila rakan Anjali bernikah dan Anjali dengan gembira berlari-lari memberitahu “Kabul! Kabul” kepada mereka yang menghadiri perkahwinan itu. Mungkin memang begitukah upacara pernikahan masyarakat Islam di India?
Markah: 3.75 bintang.